Wednesday, September 18, 2013

My dreams..

Semua orang ada impian termasuk aku !

Impian aku terlalu banyak sampai kan kadang-kadang aku rasa boleh ke aku tunaikan semua impian aku?Kalau ada umur yang panjang insyallah aku akan cuba tunaikan impian aku..

impian aku adalah aku nak menjadi seorang yang berjaya

seorang yang bahagia disamping keluarga




Menjadi seorang usahawan yang berjaya,
 Dulu masa aku dapat tawaran belajar diploma in bussiness aku sering kali memandang rendah terhadap kos ni,ramai yang cakap kos ni level rendah la,kos yang senang la,tak payah belajar  pon dah boleh bukak bisnes.So sad .tapi bila makain lama aku cuba kaji bidang perniagaan aku jadi minat!

Sebab bagi aku perniagaan ni punca rezeki,nabi pernah berkata 9 per 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan.Sedangkan nabi sendiri pernah berniaga.Yup thats true,aku tak bangga kalau kau ada ijazah lawyer ke,doktor ke or pilot ke sebab cuba fikir balik asal usul pekerjaan mereka semuanya berasal daripada perniagaan,kalau tak ada orang yang bukak airlines,pilot ni tak ada kerja,kalau tak ada orang yang bukak perniagaan guaman,peguamtak ada kerja.


Dulu aku pernah mintak kerja di sebuah butik di shopping mall terkemuka dan aku ditolak kerana aku memakai tudung.salah kah aku memakai tudung?sejak itu aku berazam aku akn menjalan kan perniagaan sendiri dan cuba buktikan orang yang beragama islam yang emmakai tudung juga boleh berjaya.

Aku ingin buka perniagaan baju dan tudung dimana perniagaan baju dan tudung direka sendiri oleh aku mengikut trend terkini akan tetapi emngikut syariat islam menutup aurat.Aku berharap suatu hari nanti aku dapat bukak kedai aku sendiri!





Seorang yang boleh membahagiakan kedua orang tuanya 


Bagi aku keluarga adalah segalanya,walau macam mana benci kita dengan keluarga mereka tetap darah daging kita,jangan sesekali lupa asal usul kita.Parent aku berasal daripada golongan sederhana,kami bahagia,tapi alangkah baiknya kalau aku dapat membahagiakan mereka,menghantar mereka pergi haji,bercuti dan  memberikan sedikit kemewahan kepada mereka. Ya aku akui kemewahan bukan lah segalanya,tapi kalau kemewahan dapat mengembirakan hati mereka aku turut gembira.Siapa yang tak nak pakai kereta yang cantik?siapa yang tak nak tinggal dirumah yang besar,cantik dan selesa.

Ibu bapa aku memberikan keidupan yang selesa buat aku.Tapi aku tahu jauh disudut hatinya pasti ada naluri untuk semua itu.Manusia suka pada sesuatu yang cantik termasuk aku.

Ya Allah aku berharap suatu hari nanti aku dapat tunaikan impian aku sendiri untuk berbakti kepada kedua orang tuak tapi jikalau aku tak dapat menunaikannya aku redha mungkin Kau ada yang lebih baik untuk Aku dan Mereka dia Alam sana.Cukuplah kau beri aku nafas dibumi ini buat sementara waktu, cukup untuk aku lebih mengenal kekuasaanmu Ya Allah



Menjelajah ke serata dunia. 


Impian aku yang terakhir  adalah ingin menjelajah dan melawat seluruh dunia banyak tempat yang aku ingin jelajah.Dari kecil lagi aku teringin untuk pergi ke luar negara,kalaulah aku berasal dari keluarga yang kaya mesti tak susah nak pergi luar negara,aku tak salahkan takdir aku redha tapi dalam dunia ni tiada yang mustahil kalau kita bersungguh,aku akan cuba kumpul duit untuk aku menjelajah keseluruhnegara,buakan aku tidak suka dengan negara ku sendiri tapi aku ingin melihat sendiri keajaiban di negara lain,macamana terjadinya 4 musim,budaya dan bangsa yang berlainan yang telah Allah ciptakan.

No comments:

Post a Comment