Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah


Hijrah berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru uhjur"  bermakna:"tinggalkan" atau "menjahuinya"  (tidak melakukan segala perbuatan keji). FirmanALLAH S.W.T  yang bermaksud: "dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! " (surah al-Muddathir:5)

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Secara ringkasnya ia adalah hari bagi  memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi

Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dilalui oleh Rasullullah dalam penghijrahannya dari kota Mekkah ke Madinah antaranya Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Seterusnya baginda terpaksa bersembunyi di Gua Thur

Setelah menhadapi  pelbagai rintangan dan halangan.Akhirnya Rasullulah selamat tiba di Madinah.

Disini kita dapat lihat betapa besarnya pengorbanan Rasullullah dalam membangunkan dan mempertahan agama Islam.





"Orang yang berhijrah adalah orang 
yang menjauhi apa yang di tegah oleh Allah SWT 
dari melakukannya"


### Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah.  Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mamduhah

Pengertian hijrah bagi diri saya sendiri...


 Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah.  Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mamduhah.  Oleh itu Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali hamba-Nya.  Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Sebagaimana Rasullah berusaha menegakkan agama yang lurus iaitu agama Islam.

Kedua :Hijrah membangunkan diri ,masyarakat dan negara kearah yang lebih baik."Esok lebih baik daripada semalam "




Maka marilah kita  berdoalah kepada Allah semoga Muharram ini memberi hijrah yang bermakna buat diri kita...Hijrah yang meninggalkan seribu satu makna daripada sifat keburukan ke arah yang lebih baik



1 comment:

  1. Berubah kepada yang lebih baik...selain dari itu, apa lagi pengertian hijrah kepada anda ?

    ReplyDelete